KAMPUNG TERUS
Sejarah Kampung Terus bermula di bawah pemerintahan British, Tengku Sulaiman – adinda kepada Sultan Abdullah Kedah – mengetuai kira-kira 45,000 rakyat berhijrah ke Kampung Terus. Kebanyakan mereka adalah petani berpengalaman dari Alor Setar, dan misi mereka adalah untuk menanam padi dan membina pentadbiran negeri bawah tanah.
Penduduk Kampung Terus Pakcik Abdul Rahim bin Hassan menceritakan bahawa Terusan Lama dulu memang ada di depan Kampung Terus & lalu tepi kediamannya. Terusan ini adalah dibina oleh Raja Kerajaan Perai (Tunku Sulaiman) di mana Ibu Negeri adalah di Kampung Kota, Seberang Perai Tengah. Kampung Labuh Banting adalah satu pelabuhan. Baginda berulang alik dari Kampung Kota ke pelabuhannya melalui terusan (Kampung Terus) yang dikorek untuk menyingkatkan perjalanan liku Sungai Perai. Menurut beliau, “Teknologi membina Terusan” adalah kelaziman raja-raja Kedah Tua sejak zaman dahulu lagi.
Kampong Kota, seperti yang dikenali pada masa itu, menjadi penempatan pertama di Seberang Perai Tengah, manakala Sungai Terus berfungsi sebagai laluan pengangkutan utama. Sultan Abdullah menetap di sini, di mana orang British mempertahankannya daripada ancaman tentera Siam.
Kampung Kubu yang juga terletak kawasan tersebut, dijadikan kubu, melindungi masyarakat daripada serangan Siam. Cerita itu sering diturunkan kepada penduduk tempatan dan pelawat-pelawat untuk mengingati mereka tentang kepentingan dan asal-usul penanaman padi di Seberang Perai.
LOKASI
GALERI DIGITAL












